Sunday, January 10, 2016

ELEKTROLISIS

Assalamualaikum ..

Malam ni tetiba rasa bosan sangat. Oleh sebab itu, aku nak share sikit lah info yang aku belajar dulu masa SPM pasal Elektrolisis ni.

Bagi budak science stream mesti tahu kan ? Bagi budak sains asas tu tak tahu lah sebab aku tak ambik subjek tu dulu. Huhu. Tapi, kalau budak yang ambik subjek sains asas tu ada jugak belajar pasal elektrolisis ni, kira baguslah. Hehe

So, apa tu Elektrolisis ni ? Bagi budak science stream, korang akan belajar ni dalam subject Chemistry Form 4 kan ? tak silap sebelum bab garam yang majoritinya mesti kata susah kan ? Okay now, let me explain  a little bit about Electrolysis.

Proses elektrolisis ni adalah proses penguraian molekul air kepada unsur-unsur juzuknya. Rasanya makna dia ni korang dah belajar masa zaman form 2 or 3 lagi kan ? So, takde lah istilah tak tahu kan ?

Biar aku explain lebih detail lagi memandangkan aku ni ex-science stream student. But, sorry lah ek ? tak boleh nak selitkan sekali notes yang aku buat sendiri dulu. Kalau nak, email jela aku k. Nanti aku bagi by personal.

Proses elektrolisis ni melibatkan dua elektrod dan elektrolit. Elektrolit yang boleh digunakan hanya elektrolit yang ada larutan garam yang larut air ya. Tak kisah lah sama ada elektrolit tersebut dalam bentuk larutan akueus atau leburan. Mesti larutan garam yang larut dalam air. Kalau guna Plumbum(II) Karbonat, tak jalan proses elektrolit tu. Sebab larutan garam yang kita guna tu tak larut dalam air. Nak tahu larutan garam apa yang larut, boleh refer bab garam Form 4 eh adik-adik ? Nak explain garam sekali kang jenuh korang nak baca. 

Apa tu larutan akueus dengan leburan ? Okay, larutan akueus tu ialah larutan yang mengandungi ion-ion hidrogen dan hidroksida. Sorry tak dapat tulis dalam bentuk formula ion sebab tak reti nak taip guna keyboard. Siapa yang reti, bolehlah ajar akak ni ha. Huhuhu. Okay, next ialah leburan. Kalau larutan akueus ada ion hidrogen dan hidroksida, manakala leburan pulak TIADA KEHADIRAN ion hidrogen dan hidroksida. I repeat, TIADA. Okay, clear eh ?

Kebiasaannya, pasal elektrolit ni selalu keluar dalam paper 1. It looks like not important right ? But, trust me guys, inilah yang boleh bagi bonus mark kat korang tau.

Next, pasal elektrod pulak. Its up to you nak guna elektrod apa, even Carbon pun digunakan eh sebagai elektrod. But, please remember, jenis elektrod yang digunakan AMATLAH mempengaruhi pemerhatian serta persamaan setengah/setengah persamaan yang terhasil nanti. Its okay. Kita study basic je dulu.

Other than that, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses elektrolisis ( ini termasuk observation and half equation korang ) . Antara faktornya ialah :-


  • Jenis elektrod yang digunakan
  • Kepekatan elektrolit yang digunakan
  • Kedudukan ion dalam siri elektrokimia


Faktor-faktor ni sangat penting untuk korang ingat serta fahamkan. Sebabnya, ini yang gemar ditanya dalam exam especially dalam paper 2 bahagian esei. Struktur dia jarang keluar. Tapi, kalau nak keluar jugak, korang kene always prepare lah. Sebab kita tak boleh nak expect Lembaga Peperiksaan keluarkan soalan apa kan ? So, pentingnya disini adalah solat hajat. Jangan berhenti solat hajat.


Okay, tu je dulu setakat ni. Next entry, akak akan share dan explain setiap faktor serta contoh yang bersesuaian dan mudah untuk difahami. Start now, aku bahasakan diri 'akak' la. Nampak sopan sikit kan ? Huhuhu. Okay, bye. Any question, just ask me okay. Jangan risau. Akak bukan harimau. Huhuhu. Bye.





-  Silent Author  -


Friday, January 08, 2016

THIRD ENTRY -

Assalamualaikum ..

So, baru harini ada cerita, mood dan sebagainya untuk tulis entry kali ni. Haih, dah 2016 rupanya. Baru bulan lepas, yakni bulan Disember 2015 aku habiskan masa macam tu je. Ibarat buang masa lah jugak. Biasalah, dah habis SPM kan ? Nak buat apa lagi kan ? Habiskan masa lah right ? Ya, aku tau mesti ramai batch 1999 kat luar tu yang tengah struggle untuk SPM ni kan ? Even lama lagi, tapi jangan sesekali korang anggap lagi 10 bulan tu lama eh ? Takut anggapan korang tu penghancur harapan korang. Bukan niat aku nak takutkan korang, but as your senior kan, aku ade experience tu. Memang tak jadi kat aku, tapi aku ada member kat sekolah. So, aku tau lah. Tak banyak, sikit pon aku dapat feel bro. 

So, SPM ? ready dah ke ? Lek lah kan ? lagi 10 bulan kot, kan ? Kau boleh relax kalau tahun 2015 kau, kau gunakan untuk belajar, bukan honeymoon. Kalau itu, kau boleh relax kejap. Repeat, RELAX KEJAP ! Tapi, tiada makna relax lah kalau kau budak science stream. Lagi banyak effort kau kene keluarkan untuk capai kejayaan kau. 

"Heleh, macam kau tau apa rasa belajar science stream ni."

Hello, aku ni bekas budak science stream kat sekolah okay. So, aku tau lah apa rasa susah tu. Physics, Chemistry, Biology, Addmath, perghh, dengar subjek tu pon dah tau susah kan ? Awal-awal dah cakap susah. Ya, betul susah. Masa aku mula-mula masuk class science ni, dah rasa bebean tu. Lagi-lagi budak science stream ni antara target sekolah untun naikkan kedudukan sekolah. Lagilah rasa beban kan ? Belum lagu jadi budak target straight A's kan ?

Ya, aku tau apa rasanya tu. Aku pon dulu budak target. So, jangan ingat aku tak tau apa budak target lain rasa. At first, memang beban. Tapi, bila dah lama kau masuk class science, kau akan jadi biasa. Sampaikan, satu tahap, kau lupa sebenarnya kau tu budak target. Sebab apa ? Sebab kau seronok duduk dalam class tu. Ouh, before I forgot, masuk class science stream ni kene minat. Tak minat, alamatnya kelaut lah. 

Tak tau lah apa purpose aku taip pepanjang ni. Saja nak share kot apa yang aku rasa dan fikir masa aku tengah taip ni. Tapi, yang penting, science stream tak susah KALAU kau dah set dalam mind kau tu yang ianya tak susah. Kadang-kadang dia jadi susah sebab apa tau ? Sebab mindset kita. Jadi, kepada para pelajar science stream kat luar tu, yang ada soalan based on aliran awak, boleh je tanya. In Shaa Allah aku boleh tolong jawabkan. Kalau still lagi ingat, In Shaa Allah boleh jawab. Tanya je soalan pasal Physics, Biology, Chemist or Addmath. Tanya je okay. In Shaa Allah akak akan bantu. Ceh, akak. Haha! Its okay. Kalau ada soalan, just tanya k. Akan aku bahasakan diriku ini AKAK. Dont worry , be happy. Kbye ! :)





-  Silent Author  -

Tuesday, December 29, 2015

Second Entry -

Assalamualaikum. Hai uolls ^^

Well, today, tetiba je terfikir nak post apa je kat blog ni. Fikir punya fikir, tetiba lampu muncul. Ahaa dah dapat dah idea nak post apa kat blog ni. So, apa yang aku nak post je maybe pasal my life, all about my life. Dari mula jadi zaman jahiliah sampai zaman untuk berubah ke jalan Allah SWT. 

So, here, before aku start, baik aku intro pasal aku dulu. Aku ni seorang wanita yang sangat lemah imannya, mudah terpengaruh, dan paling penting walaupun mudah terpengaruh ke jalan yang tak baik, aku masih cuba untuk berubah. Semua orang mampu berubah, baik seorang hamba hina macam aku mahupun seorang pelacur. Kalau dah sampai masa dia untuk berubah, dia akan berubah. Tapi, cuma masa yang dia ambil untuk berubah je yang berbeza bagi setiap umat Islam kat dunia ni. Tapi, kadang-kadang, aku selalu jugak jumpa orang yang bila ditanya "bila kau nak berubah beb ?" dia mesti akan jawab "belum dapat hidayah lagi weh." Aku, entahlah. Tak tahu nak balas apa dah kalau sampai macam tu jawapan dia. Sebab aku bukanlah seorang pakar motivasi, atuapun seorang ustazah, lagi-lagi seorang pendakwah. 

Aku tak banyak ilmu pasal agama. Kang cakap lelebih kang takut jadi ajaran sesat pulak. Tapi, aku cuba untuk berusaha tambah ilmu pasal agama ni, supaya aku tak mudah terjebak dalam gaung maksiat ni, walaupun hakikatnya aku seorang yang mudah terpengaruh. Macam mana tak mudah terpengaruh, keluar je rumah berlambak umat manusia dari pelbagai agama buat benda tak senonoh. Tak semestinya benda tak senonoh tu macam bercumbu or whatever. Pakai pakaian yang tak menutup aurat pun dianggap tak berapa senonoh. Bukanlah nak kutuk, tapi mungkin bagi agam lain, dorang dah biasa. Tapi, bagi kita ni, orang Islam, macam mana pulak ? Ha kan dah tersimpang jauh. Sebenarnya, aku nak cakap pasal dosa kecil. Perhatian eh, pandang aurat bukan mahram pun dosa kecil tau. Mungkin ade segelintir manusia ni anggap "ala, dosa kecik je pun. Boleh taubat bila-bila masa, mesti Allah ampunkan sebab dosa kecik je" Ahaa memang sekali pandang dosa kecik, kalau dah kau tiap-tiap hari pandang, still lagi dosa kecik ke dude ?

Bak kata pepatah melayu. ' sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit' . So, kau rasa kau mampu ke kira berapa banyak dosa kecik yang kau dah buat ? Belum lagi campur kau buang sampah merata-rata, cakap benda-benda yang lagho. Kau rasa ? Aku takde lah kerja nak tuding jari kat orang je sebab kadang-kadang aku pon buat. Buang sampah merata, alaa kerja senang kan ? macam tu jugak senang nak dapat dosa. Astaghfirullahal'azim. Banyak betul dosa kecik aku. Hmm, belum campur dosa besar lagi. Tapi, bila dah terfikir pasal dosa kan, jangana lah tetibe je nka give up, taknak bertaubat sebab takut Allah tak ampunkan dosa kita yang tinggi menggunung tu. Kalah Gunung Everest. Huhuhuhuhuhu. Jangan sesekali kita give up nak bertaubat. Ingat, Allah Maha Pengampun. Pengampunan Allah terhadap umat-Nya tiada batasan beb. So, moh lah kita sama-sama bertaubat dan berdoa supaya kita sentiasa dilindungi oleh Allah dari pelbagai maksiat dan kemungkaran serta perkara mazmumah. Amin. 

Ha, dah agak dah. Mesti menyimpang punya. Tadi kemain beria nak cerita pasal life sendiri. Kan dah berceramah. Haha. Sorry guys. Eleh, lagipun bukan ada title pon entry aku ni. So, suka hati aku lah kan nak tulis apa kan ? Yedok ? haha Takpe, In Shaa Allah kalau panjang umur, ada rezeki, kita post kat entry lain pasal life aku yang serba kekurangan tapi In Shaa Allah ada pengajaran. Kalau ada lah. Haha! Melebih pulak gelak kan, bukan korang gelak pon -,-  So, see again ya in the next entry. 

Bye!





-  Silent Author  -





                                                   

Monday, December 28, 2015

Welcoming A Newbie !

                                                           



                                            Assalamualaikum ..



Well, this is the first time aku post entry and absolutely first time aku try guna blog pulak.
Maklumlah, semua social network aku dah try, tapi blog belum lagi. So, annyeong for newbie like me! Hopefully aku boleh expert gune blog ni macam orang lain. And, of course, dalam blog aku, akan aku story all about my life and apa apa yang aku rasa nak post lah ek ? Dah, tu je yang aku nak tulis untuk first post aku. Bukan orang nak baca panjang panjang pon apa aku tulis kan ?


                                                        BYE ~





-  Silent Author  -